One Thousand Million Smiles
One Thousand Million Smiles

One Thousand Million Smiles

One Thousand Million Smiles merupakan sebuah lagu nyanyian Sudirman Haji Arshad yang dikeluarkan pada tahun 1989. Lagu ini ditulis oleh Paul Ponnudurai manakala susunan lagunya pula dibuat oleh Michael Verappen. Lagu ini dimuatkan dalam album Asia’s No. 1 Performer. Ketika peringkat akhir pertandingan Asian Popular Music Awards, beliau telah berjaya memenangi pertandingan tersebut melalui lagu ini bersama-sama dua lagu medley iaitu Send in the Clown dan Smile.[1] Lagu ini dirakamkan dalam bentuk single dan dipasarkan di Eropah. Proses rakamannya pula dibuat di Abbey Road Studios yang pernah menempatkan penyanyi ternama seperti The Beatles[1] dan Cliff Richard. Lagu ini juga pernah dipilih sebagai lagu tema Malaysia semasa Hari Bangsa-Bangsa Bersatu.[1]